Wednesday, November 24, 2010

BAHAYA LIDAH ...

LIDAH boleh memulia dan mengangkat maruah seseorang dan dalam ketika lain, mampu pula untuk menghina dan menjatuhkan seseorang. Malah, lidah juga berupaya membawa kejayaan dan mampu membawa kegagalan. Tidak hairanlah orang-orang tua ada bermadah "SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN BINASA."

LIDAH akan melambangkan identiti seseorang, sama ada dia bertakwa dan beriman kepada Allah atau sebaliknya. Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang beriman kepada Allahdan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun berdiam saja," (riwayat Bukhari)

17 bahaya LIDAH adalah:

01. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
02. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
03. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
04. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
05. Satu perkataan dri lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dri kata2 pedas yg tidak disengajakan.
06. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
07. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
08. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
09. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. Suka menghina orang lain.
12. Berjanji lalu mendustai janji itu.
13. Akan mengumpat walaupun perkara remeh-temeh apalagi perkara berat.
14. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
15. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
16. Menyebarkan rahsia.
17. Memuji yang melampau-lampau.

Mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari LIDAH mereka.

Keran LIDAH, badan binasa. Kesannya hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui LIDAH.

Jika hidup kita selalu bermasalah, inilah masanya kita check LIDAH kita dan perangai kita .. Wallahu'alam ..

Wednesday, July 28, 2010

PENGKHIANAT & CURANG 1

D'J Ayu Sabahan.FM For My Dear Frenz Razee Fathiyah T Abdullah Banyakkan BERSABAR .. PIC PANAS Itu Telah Sya SHARE Di Akaun 1 Sya SUKA Kes Begitu !! Boleh Disatukan Dalam Artikel Sya Seterusnya .. "PENGKHIANAT DAN CURANG"

Princess Erynn Bbkozae Deanza and RyiTa RyAn like this.
Razee Fathiyah T Abdullah Thanks Lenk..but X payahlah susah2 tu..heheh ok jua aku ni...

D'J Ayu Sabahan.FM ha3 .. ko tarik nfas dlm2 arrr ..inda hairan skrg bnyk tul PENIPUAN .. PEREMPUAN YANG ADA LAKI pun sanggup CURANG !!!

Razee Fathiyah T Abdullah iya bah Yu...heheh besa uda ni..kejadian bah..aku geram jak bah ngan hub tu penipu betul...

Dina Kiun biar kn Hub tu,yg pnting kita jga status n maruah kita,Dan ank2 utamakn!

D'J Ayu Sabahan.FM
: RFTA > ingt tuhan k .. len klu RESTU dri psgan .. mmg sdh ada dlm prosuder ..
: Dina > YES !!! i like it .. mgkin ada hikmah disebalik kejadian .. TAPI klu WANITA yg sudah ada LAKI tapi CURANG, mngadu sna cni minta belas simpati pass tu berfoya2 patutkah diberi peluang ?

Barbara Ed sapa tu wanita berlaki yg curangggg...mari sa kasi lada diaaa..hahaha..panass ni cerita mu ni ayu..bahayaaaa kepada perahu2 kecikkkkk...

Barbara Ed sy tau sebab dia tu ayuuu...laki nya kurang sihat utk beriadah malammmm...teda kawan si wanita berjuginggg...hehehhe...tpaksaaa...cari lainnn..kekekeke

Dina Kiun buat apa ksi pluang,ksi abis duit krajaan ja!Lelaki buat mcm tu,tk buruk,wlau kita skit ati...Tpi ppuan mcm tu,Ada lki Brpoya poya...bukn lgi buruk...Lakhnat sd oo,!!!

Razee Fathiyah T Abdullah ayu...aku situju ngan my bestpren Dina....

Wiwie Daunah II razee: sabar dear... lelaki zaman sekarang nda buli pakai....betul ckp si dina jgn kasi peluang...bukan ja habis duit kerajaan...duit kita pun habis juga oleh perempuan2 yg mau laki org ni....laki2 pun buduh buta...suda dpt yg sempurna mau juga lg cari lain...klu dpt yg lagi bgus dr kitanda apa..ni nah....bikin malu saja...nnt last2...merayu2...mau rujuk.... sabar ja ko razee pandai juga dia dtg p rayu2 sama ko tu....ada hikmah di sebalik kejadian tu..... lelaki di luar sana sorry arr...sya tau juga bukan semua begini..tp ni hak individu ingin meluahkan perasaan masing2.....

Razee Fathiyah T Abdullah thanks wiwie..aku sbr da ni..hehe dun worry aku ok 2..klu yg kenal aku rapat durg tau 2..tqvm dear..

Shelluq Kroes OMG!!!!...jahanam punya jantan na kau!!..mmg btl ckp c Wie..llki zaman skrg ni inda buli pki..ego drg tu mcm lebih sudu dari kuah..buang ja lah llki cam tu d laut ksi mkn jerung..sorry klu kata2 sa melampau,ttpi bgi yg pernah mengelami mcm saya huhu..tiada maaf bagi mu..go to hell!!!!.

Razee Fathiyah T Abdullah sis shelluq lmbt na ko rayang..hehe mmg mau buang tp ckap susah x ckap pun susa kan...anw dear sis aku ow k sedja bha ni..outing kta 2 amcm? mau release tension..

Shelluq Kroes Zee,aku ketiduran bah.. tdi pun Ayu yg g tau ni...pasal outing tu orite ja bah..saya pun mau jua jumpa korang semua sblm balik US..pdhl..*MACAM MALAS MAU BALIK*

Razee Fathiyah T Abdullah hehehe ow k pa2 nant ku col c ayu lenk hehe

Shelluq Kroes Zee:ok..tpi sabar2 ja ko arr..kuatkan semangat tu n jng sekali2 tunjukkan kelemahan ko ngan org cam tu..kami sebagai rakan2 yg mempunyai kesah yg sama akan support apa ja yg ko buat..yes baby..

Razee Fathiyah T Abdullah hehehe sis alah bisa tegal biasa bha 2..aku ok ni dun worry k..

Shelluq Kroes Zee:yes baby tu yg akak mau dgr..*BIAR LUKA MASIH BERDARAH TETAP TEGUH BERDIRI*jng ada istilah mengalah dlm diari mu my dear...

Razee Fathiyah T Abdullah of course sis..neva..in my whole life..harap Allah x ubah ht ku kan Sis..thanks so much dear sis..

D'J Ayu Sabahan.FM ne kali la ~
: Dina > slm perkenalan *salam tangan*
: ED > Next ON AIR sya buka HOT TOPIK .. klu ko mo juin aku on air nati sila :)
: Shelluq > ya bha sis .. org sebegini mo di PENGAJARAN DULO !! bilang inda buat tapi BUAT JUGA :@
: WIWIE > ya darlink bkn smua org tapi KEBANYAKKAN org .. AWAS 'DIA' ada dgn kmurg ..

Shelluq Kroes No Prob babe..sama jua kita tu..nti kita berjumpaan kio..

Monday, July 12, 2010

Bisakah ..




Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu ...

Thursday, July 1, 2010

DiaRi Kehidupan - Sekiranya Ku Tahu ..




Sekiranya Ku Tahu ..

Tidak seorang pun yang sempurna!!! Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun TERBUKTI SALAH. Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa depan, kita tidak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak kita berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk kita BERBOHONG. Jika kita tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Itu sudah memadai, aminnn..

Iri hati yang ditunjukkan kepada seseorang akan melukai diri sendiri. Kita cuma boleh hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika kita hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup, allahuwa’lam ..

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya .. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya .. (Ya allah Ya tuhanku sesungguhnya KAU maha pengasih dan maha penyayang).

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai di waktu kita susah.. Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan BURUK dan MEMBOSANKAN kalau kita tidak boleh melihat keduanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan / prilaku yang baik kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan / prilaku yang tidak baik)nescaya tumbuh sebahagiannya.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada MAUT…

Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita. Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya. ...Kesungguhan, kegigihan, kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan adalah TUNGGAK cinta sejati. Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

YA ALLAH, KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN DENGAN-MU DARIPADA KELUH KESAH DAN KESEDIHAN, RASA LEMAH DAN KEMALASAN, KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN DENGAN-MU DARIPADA SIFAT PENAKUT DAN KEBAKHILAN, DAN KAMI MOHON PERLINDUNGAN DENGAN-MU DARI BEBANAN HUTANG DAN DIKUASAI SESEORANG … AMINNNN ..

Friday, May 14, 2010

Memori Ku

10 CARA UNTUK SENTIASA "BERGADUH" DENGAN ADIL

Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) JANGAN BERSYARAH

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) JANGAN BALAS DENDAM

Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) JANGAN TINGGIKAN SUARA

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) ELAKKAN TERLALU PERIBADI DAN SENSITIF

Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

5) JANGAN TIMBULKAN PERKARA-PERKARA KECIL

Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) MENDENGAR DENGAN TELITI

Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) FOKUS SATU ISU PADA SATU MASA

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!

8) JANGAN SERANG!

Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.

9) MESTI HORMAT

Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) JANGAN TINGGALKAN

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

Wednesday, May 12, 2010

TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP LAYANAN & SIKAP YANG TIDAK MESRA PELANGGAN.






Tindakan yg telah diambil:
1. Telah membuat aduan kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau
( K000180/2010 )
2. Telah membuat POST di
http://www.facebook.com/ayustitchSDNFM?v=wall&story_fbid=126403700706348#!/ayustitchSDNFM?v=wall&story_fbid=126403700706348

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Saya dan juga rakan-rakan amat berdukacita terhadap JUSMAN SAAD (SJN 122944) Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau. Saya dan juga rakan2 setugas yang terlibat dalam Kemalangan jalanraya pada 10 Mei 2010 jam lebih kurang 11.30 pagi dengan menggunakan kenderaan (Lori) Hospital Likas SAA2135F Dari Kota Kinabalu ke Beluran. Kemalangan berlaku di Batu 5, Jalan Ranau-Tamparuli ketika melalui selekoh menuruni bukit tiba-tiba sistem brek lori yang dipandu oleh rakan saya tidak berfungsi. Rakan saya tidak mempunyai pilihan lain dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi lalu terlanggar bahagian belakang sebuah lori tangker Petronas nombor SA2721U yang juga telah menyelamatkan nyawa kami dan harta kerajaan (bahan risalah) yang bernilai ratusan ribu untuk diedarkan dan disampaikan kepada orang awam daripada menjunam ke gaung. Keterangan kemalangan nombor K000180/2010 telah dibuat, dan kami amat TERKILAN dengan sikap & layanan daripada beliau . Dalam proses pengambilan statement beliau tekankan soalan kepada pemandu kenapa tidak memilih sebelah kiri jalan. Baiklah, untuk makluman kelajuan hanya 30km/sejam, dalam keadaan kritikal menuruni bukit, dan selekoh .. di sebelah kanan adalah gaung manakala sebelah kiri pula tembok batu yang telah banyak meragut beberapa nyawa. Kalau jalan rata kemungkinan itu adalah alternative yang terakhir TETAPI adakah nyawa kami selamat ? Juga beliau telah bercakap mengenai akta kesalahan dengan suara LANTANG .Ingin saya bertanya di sini kepada tuan-tuan yang arif lagi bijaksana, apakah tidak menjadi kesalahan apabila merokok sambi bertugas dengan berpakaian seragam ? ” Integriti Amalan kita ” , ” Mesra Cepat & Betul ” .. Persoalannya Dimanakah BUDI BAHASA BUDAYA KITA ????? Apakah perlu kami di bahas dengan Akta ? Sedangkan kami hanya dalam prosedur pengambilan statement. Mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya.

Saturday, May 8, 2010

Nike Ardilla - Mama Aku Ingin Pulang

Friday, May 7, 2010

Menyesal

Suratan Atau KebetuLan

Pujaan Hati

DeriTa Merindu

KembaLi PuLang

Friday, January 1, 2010

Memories 2009




Salam ... Lama udh x cek in cni taw ... uhukz .. tulis ja la pa yg terlintas di kapla ne la bha kn ... puas menilik2 terjumpa pula video neh ... huh mimang sya rindu dis tym wif my colleague .. thanx to Nurul, Rozilawati, Hadi , Dr Christina Rundi, Qistinna , Flora, Christina O, Bibi n rakan2 yg lain MIZ U SO MUCH .. sepanjang tahun 2009 bnyk perkara yg telah sya lalui ALHAMDULILLAH atas sokongan kamu semua, sya mengahadapinya dgn penuh keyakinan. Buat Kak Mala, Kak Lauyah n Mega suka duka yang kita kongsi bersama tetap tersemat di ati neh ...