Wednesday, November 24, 2010

BAHAYA LIDAH ...

LIDAH boleh memulia dan mengangkat maruah seseorang dan dalam ketika lain, mampu pula untuk menghina dan menjatuhkan seseorang. Malah, lidah juga berupaya membawa kejayaan dan mampu membawa kegagalan. Tidak hairanlah orang-orang tua ada bermadah "SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN BINASA."

LIDAH akan melambangkan identiti seseorang, sama ada dia bertakwa dan beriman kepada Allah atau sebaliknya. Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang beriman kepada Allahdan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun berdiam saja," (riwayat Bukhari)

17 bahaya LIDAH adalah:

01. Kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
02. Kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
03. Adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
04. Lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
05. Satu perkataan dri lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dri kata2 pedas yg tidak disengajakan.
06. Kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
07. Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
08. Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
09. Bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. Suka menghina orang lain.
12. Berjanji lalu mendustai janji itu.
13. Akan mengumpat walaupun perkara remeh-temeh apalagi perkara berat.
14. Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
15. Menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
16. Menyebarkan rahsia.
17. Memuji yang melampau-lampau.

Mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari LIDAH mereka.

Keran LIDAH, badan binasa. Kesannya hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui LIDAH.

Jika hidup kita selalu bermasalah, inilah masanya kita check LIDAH kita dan perangai kita .. Wallahu'alam ..