Friday, December 4, 2009

Pemandu Yang Tidak Sayang Nyawa


Assalamualaikum/Salam Sejahtera...Semoga di hari jumaat ne kita semua ceria-ceria dan sihat walafiat, amin.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya yg tercoret disini ada pihak yang tidak senang hati. Tapi ini adalah kenyataan. Lebih kurang 12 tengahari saya dan rakan setugas balik selepas membuat lawatan dari Pejabat Kawasan Kesihatan Beaufort. Perjalananan diantara Papar - Kota Kinbalu lebih kurang 2jam. Jalanraya yang kami lalui tadi daripada jalan Papar (lama) menuju ke Kota Kinabalu tidaklah sibuk sangat.

Kepada pemandu kereta Kelisa Perodua SAA5854E (wanita bertudung), silalah memandu kereta tu dengan tenang. Ingatlah orang tersayang. Seandainya pemandu kereta waja n pihak kami tadi tidak sempat memberi laluan kepada anda, sudah tentu anda dan juga penumpang lain mengalami kecederaan yang teruk dan mungkin melibatkan nyawa ... MAUT... Ini juga melibatkan pengguna jalanraya yang lain .Anda memandu terlalu mengikut perasaan. Kalau ada masalah atau hal penting a.k.a segera Berhati-hatilah.

Saturday, November 28, 2009

Kemalangan TRAGIK

Mohon kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna2 jalanraya yang tidak bertanggungjawab terutamanya MABUK KETIKA MEMANDU.

Seorang bakal ibu berumur 27 tahun MAUT dalam satu kemalangan tragik di Jalan Petagas, ketika dalam perjalanan ke Hospital Likas untuk melahirkan anak pertamanya, awal pagi sabtu (21/11/2009).

Mangsa Masnih Manan, adalah anak sulung dalam keluarganya. menaiki kereta Perodua kancil bersama-sama tiga ahli keluarganya yang lain semasa kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi.

Ketiga-tiga mereka ialah pemandu, Hamdan Manan(26), Isterinya Rina Murni Abdullah(26) dan ibu mangsa Jernih Awang Raya (58).

Mangsa sedang menuju ke Hospital Likas bersama dengan ibu dan kak ipar. Apabila tiba di Stesen Minyak Petronas di Petagas, kereta mereka bertembung dengan kereta lain ( Toyota Prado ) yang sedang menuju ke Jalan Lok Kawi dari Lintas apabila dia (Toyota Prado) hilang kawalan keretanya ( menggelincir lalu terbalik pada jalan di mana kereta yang dinaiki mangsa yang menyebabkan mereka bertembung antara satu sama lain.)

Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah berada di tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap. Pemandu tersebut, serta isteri dan ibunya mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan. Bagaimanapun, bakal ibu MAUT ditempat kejadian dan dikejarkan ke hospital untuk post morterm bagi menyelamatkan anak dalam kandungannya tetapi meninggal dunia.

p/s: Saya dan ahli keluarga serta Warga Petagas mengucapkan Takziah, mudah-mudahan roh Allahyarhamah Masnih Manan berada di sisi orang-orang yang beriman, amin.

Friday, November 27, 2009

Sesi Temuramah Bersama Rubisa Af6




Krew2 SabahanFM Lepaking @ 2nd Beach Tg.Aru