Wednesday, May 12, 2010

TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP LAYANAN & SIKAP YANG TIDAK MESRA PELANGGAN.






Tindakan yg telah diambil:
1. Telah membuat aduan kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau
( K000180/2010 )
2. Telah membuat POST di
http://www.facebook.com/ayustitchSDNFM?v=wall&story_fbid=126403700706348#!/ayustitchSDNFM?v=wall&story_fbid=126403700706348

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Saya dan juga rakan-rakan amat berdukacita terhadap JUSMAN SAAD (SJN 122944) Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau. Saya dan juga rakan2 setugas yang terlibat dalam Kemalangan jalanraya pada 10 Mei 2010 jam lebih kurang 11.30 pagi dengan menggunakan kenderaan (Lori) Hospital Likas SAA2135F Dari Kota Kinabalu ke Beluran. Kemalangan berlaku di Batu 5, Jalan Ranau-Tamparuli ketika melalui selekoh menuruni bukit tiba-tiba sistem brek lori yang dipandu oleh rakan saya tidak berfungsi. Rakan saya tidak mempunyai pilihan lain dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi lalu terlanggar bahagian belakang sebuah lori tangker Petronas nombor SA2721U yang juga telah menyelamatkan nyawa kami dan harta kerajaan (bahan risalah) yang bernilai ratusan ribu untuk diedarkan dan disampaikan kepada orang awam daripada menjunam ke gaung. Keterangan kemalangan nombor K000180/2010 telah dibuat, dan kami amat TERKILAN dengan sikap & layanan daripada beliau . Dalam proses pengambilan statement beliau tekankan soalan kepada pemandu kenapa tidak memilih sebelah kiri jalan. Baiklah, untuk makluman kelajuan hanya 30km/sejam, dalam keadaan kritikal menuruni bukit, dan selekoh .. di sebelah kanan adalah gaung manakala sebelah kiri pula tembok batu yang telah banyak meragut beberapa nyawa. Kalau jalan rata kemungkinan itu adalah alternative yang terakhir TETAPI adakah nyawa kami selamat ? Juga beliau telah bercakap mengenai akta kesalahan dengan suara LANTANG .Ingin saya bertanya di sini kepada tuan-tuan yang arif lagi bijaksana, apakah tidak menjadi kesalahan apabila merokok sambi bertugas dengan berpakaian seragam ? ” Integriti Amalan kita ” , ” Mesra Cepat & Betul ” .. Persoalannya Dimanakah BUDI BAHASA BUDAYA KITA ????? Apakah perlu kami di bahas dengan Akta ? Sedangkan kami hanya dalam prosedur pengambilan statement. Mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment